Total Pageviews

Saturday 9 July 2011

RIVERSIDE CRUISE PUTRAJAYA

     Harini keluarga kitorang bersama keluarga uda, achik, paksu, kak noni pergi naik cruise beramai2... Sepanjang perjalanan menuju ke putrajaya tu aku dengan kamal (abang aku) main game pokemon (batak sikit nak main benda2 macam ni)... Sampai dekat tol jumpa keluarga paksu dekat sana (ingat dah bertolak lama dah diorang rupanya kitorang lagi cepat)

     Sampai dekat sana dalam pukul 5 petang (kalau tak silap la)... Usai je bersalaman pergi bergambar dengan burung kakak tua (semua berebut nak pegang burung tu)... Aku tak termasuk dalam gambar disebabkan aku dapat burung yang paling liar and susah gila untuk aku jaga dia dari gigit tangan aku dan membuat bising (serius macam nak pekak je mengadap burung ni)

     Seleasai tangkap gambar back to main topik la iaitu naik kapal... Mula2 tu aku rasa macam tak excited langsung... Rasa macam bosan je duduk dekat dalam... Bila start je dia bukak kawasan atas the fun begins... Dekat atas tu semua duk sibuk berposing2 nak tangkap gambar (dah pemandangan dia pun tak terkata la lawa dia kan)... Dalam banyak2 benda aku tertarik time tu ada sekali aku paling bangga jadi rakyat shah alam ni... Ada kapal layar kecik2 macam tayangan dan wakil shah alam dia buat macam i-city (sebijik kapal tu macam i-city)

     Masuk waktu maghrib lah paling aku terdiam... Dengan laungan azan mendayu2 terdengar ditambah dengan pemandangan indah disekeliling aku aku x mampu nak cakap apa2 melainkan bersyukur kehadrat ILLAHI kerana membiarkan aku berada disana pada saat dan detik itu untuk menyaksikan detik2 indah tersebut

     Sebelum turun kapal paling tak tahan la,,. Memang tergelak2 la buat posing gila bersama abg ilyas and ahmad... Ada pose abg ilyas tolak ahmad jatuh la (bukan real ok just berlakon) ada kitorang menyelamatkan ahmad dari jatuh la ada macam orang kaya tuan punya kapal la macam2 lah... Takde keje... Semua pose tu idea abg ilyas... hahaha


     Selesai cruise pergi makan... Aku pergi sebat nasi goreng cili api (berapa kali jugak la terkena bom cili tu dekat dalam mulut)... Yang tak tahan nya ummi ni pergi order lamb chop... Memang semua mata pandang dia punya la... Aku la paling tak malu mintak sikit (sorry ya ummi XD)... Makan punya makan perut aku tak kenyang,,, Dah sebat nasi goreng , lamb chop, sate, abc, kuew teaw tapi still lapar... Apehal entah perut aku macam tu malam ni

     Habis makan semua bertolak pulang,,, Tak de benda dah nak story... Btw ingat nak letak la gambar2 tapi tak masuk kan dalam laptop lagi so faham2 la ya... Ni jelah jalan cerita untuk harini... Sekian Assalamualaikum :)